OpenAI Dilaporkan Mungkin Memperkenalkan Harga Langganan Semahal RM8000 Untuk Perkhidmatan AI Mereka
Nazrin
OpenAI, syarikat teknologi disebalik perkhidmatan kecerdasan seperti ChatGPT yang menguasakan banyak komponen AI perisian-perisian sedia-ada nampaknya sedang dalam perbincangan untuk memperkenalkan pelan langganan baru untuk model-model bahasarayka AI mereka yang lebih maju.
Untuk sekarang, OpenAI memperlihatkan langganan $20 untuk perkhidmatan ChatGPT Plus yang membolehkan pengguna untuk mengakses ciri-ciri terbaru ChatGPT, Dall-E 3 dan sebagainya.
Terkini, beberapa laporan telah mengatakan bahawa OpenAI dijangka akan memperkenalkan satu program langganan baru lebih premium yang berasingan daripada perkhidmatan ChatGPT yang sedia ditawarkan.
Pelan langganan ini dilaporkan akan menggunakan model bahasaraya Strawberry mereka yang terbaru, yang dikatakan hadir dengan kebolehan untuk mengesan konteks pertanyaan dan perbualan yang dikemukakan kepadanya.
Selain daripada menjawab soalan daripada pengguna dan memaparkan balasan yang mudah, model bahasaraya Strawberry boleh juga mencari butiran-butiran dalaman tentang sesuatu topik dan menyelesaikan masalah matematik yang rumit dan sebagainya.
OpenAI nampaknya cukup yakin dengan model bahasaraya terbaru mereka ini, kerana menurut laporan The Information, perbincangan kini sedang berlaku didalam bilik pemegang saham OpenAI tentang bagaimanakah model ini patut dipasarkan.
Diantara angka yang hangat dibincangkan sekarang nampaknya mempunyai julat diantara $200 ke $2000 sebulan, yang pastinya dilihat tidak masuk akal oleh sesiapa pun yang kini membayar $20 untuk perkhidmatan ChatGPT Plus.
Harga bayaran ini juga termasuklah pengganti model bahasaraya ChatGPT4o yang dinamakan Orion. Malah, teknologi pembangunan model AI OpenAI dilihat sangat maju kehadapan, dimana Strawberry dilihat menggunakan untuk membantu dalam pembelajaran mesin Orion yang dijangka akan menggantikan ChatGPT-4o kelak.
Setakat ini, ia tidak diketahui bilakah OpenAI akan memperlihatkan Strawberry ataupun Orion, tetapi laporan sama menjangkakan bahawa salah satu daripada model ini akan diperlihatkan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.
[sumber]The Information, Inc[/sumber]