Apple Mengemaskini AirPods Max Dengan Sokongan Pengecasan USB-C
September 10, 2024
Apple
Aman
Bersama-sama pengenalan kemaskini untuk AirPods 4, pihak Apple turut memperkenalkan kemaskini kecil untuk AirPods Max. Walaupun bukan kemaskini model baharu, Apple menawarkan pilihan warna baharu untuk AirPods Max, selain kini turut menawarkan sokongan pengecasan USB-C.

Dengan langkah ini, ia terus membuatkan pelbagai peranti dan aksesori Apple beralih kepada penggunaan USB-C.
Penawaran lain dilihat adalah lebih kurang sama seperti model sebelum ini, dan Apple mengatakan ia akan mengekalkan harga jualan AirPods Max seperti sebelum ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.