Apple Watch Ultra 2 Kini Ditawarkan Dalam Warna Titanium Hitam dan Edisi Hermes
Effi Saharudin
Tiada model baharu untuk Apple Watch Ultra 2 tahun ini tetapi ia tidak bermakna jam tangan paling berkuasa Apple telah dilupakan sama sekali. Apple Watch Ultra 2 telah dikemaskini dengan penawaran waran baharu Titanium Black pada keseluruhan tubuh.

Dengan penawaran warna baharu, beberapa aksesori baharu juga diperkenalkan dalam warna hitam seperti Trail Loop, Alpine Loop, Ocean Band dan Titanium Milanese Loop. Kemas kini lain ialah menerusi watchOS 11 baharu yang menawarkan sokongan gestur jari yang lebih bak, penjejakan apnea tidur dan sokongan memainkan muzik menerusi speaker terbina terus pada jam buat pertama kalinya.
Turut ditawarkan ialah Apple Watch Hermès Ultra 2 iaitu model paling premium setakat ini kerangka titanium biasa tetapi dipadankan kepada tali jam Hermès En Mer dalam warna biru baharu. Versi ini hadir dengan muka jam eksklusif Hermes Hermès Maritime serta muka taip Hermès Cape Cod.

Apple Watch Ultra 2 masih lagi dilengkapi cip Apple S9, skrin seterang 3,000 nit, bateri sehingga 72 jam pada keadaan mod jimat tenaga, kemampuan dibawa menyelam, ciri komputer menyelam dan aplikasi yang menunjukkan pasang surut air laut.
Apple Watch Ultra 2 dengan tali jam 49mm akan ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM3799 sementara Apple Watch Hermès Ultra 2 pula pada harga RM6,399 seutas.