Apple iPhone 16 dan 16 Plus tahun ini tidak mengitar semula cip tahun lalu sebaliknya hadir dengan cip Apple A18 baharu. Dengan pengenalan cip ini, ramai yang pasti menyangka ia turut hadir dengan ciri USB pantas. Tetapi laman rasmi Apple telah mengesahkan kedua-dua model iPhone 16 yang lebih mampu milik ini sekadar menyokong USB 2.0 yang perlahan.
Sokongan USB 3.0 masih eksklusif pada dua model iPhone 16 Pro sahaja. Sokongan USB 3 diperkenalkan pada siri iPhone 15 Pro membolehkan sokongan menyimpan video yang dirakam terus pada sebuah SSD luaran yang disambung menggunakan kabel. Tanpa sokongan USB 3, iPhone 16 dan 16 Plus tidka boleh menggunakan ciri ini.
Jelas Apple membuatkan pengguna memilih sama ada mereka memerlukan sistem pemindahan data yang lebih pantas sehingga 10Gbps atau kekal dengan USB 2.0 dengan kelajuan pemindahan data terhad kepada 480 Mbps sahaja. Bukan itu sahaja USB 2.0 hanya menyokong pengecasan sehingga 20W yang lebih perlahan berbanding 27W pada model iPhone 16 Pro.