Carian
Apple AirPods Pro 2 Boleh Digunakan Sebagai Alat Bantuan Pendengaran
September 10, 2024 Effi Saharudin

Pelbagai ciri baharu akan diperkenalkan menerusi kemas kini iOS 18 yang akan diberikan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Yang paling mengejutkan bagi kami dalam pengumuman pagi tadi ialah AirPods Pro 2 akan dapat digunakan sebagai alat bantuan pendengaran tahap klinikal selepas sistem operasi dikemaskini.

Menurut Apple, ciri ujian tahap pendengaran pada telinga boleh dilakukan dalam masa 5 minit menggunakan iPhone. Selepas ujian dilakukan, ia akan menganalisa sama ada tahap pendengaran telinga pengguna masih lagi baik ataupun sudah mula terjejas. Hasil ujian ini kemudiannya boleh dikongsi dengan doktor bagi mendapatkan pendapat lebih profesional.

Jika pendengaran pemakai sudah mula terjejas, terdapat beberapa ciri terbina pada AirPods Pro 2 yang akan meningkatkan tahap audio serta perbualan persekitaran. Sistem pembatalan hingar aktif (ANC) pada AirPods Pro 2 pula boleh mengurangkan audio yang amat bising pada persekitaran merosakkan telinga pemakai. Ciri ujian pendengaran akan diberikan secara percuma menerusi iOS 18 di 100 negara.

Komen