Apple pada hari ini telah menawarkan kemaskini untuk fon telinga nirwayar mereka, AirPods melalui AirPods 4. Melaluinya, ia menawarkan beberapa kemaskini, termasuk rekaan kerangka baharu dan sokongan pengecasan menggunakan USB-C.
Walaubagaimanapun, salah satu perubahan yang turut hadir pada penawaran Apple melalui fon telinga nirwayar ini adalah ia tidak lagi menyertakan kabel USB-C pada kotak pembelian AirPods. Pengguna perlu mendapatkannya secara berasingan.
Langkah ini dilihat selari dengan penawaran beberapa produk Apple lain yang turut telah membuang penyertaan kabel bersama kotak pembelian.
Bagi anda yang ingin mendapatkan AirPods 4, mungkin pastikan anda mempunyai kabel USB-C untuk pengecasan, atau dapatkannya ia secara berasingan ketika pembelian.