Canon hari ini dengan bangganya mengumumkan pelancaran Canon EOS R5 Mark II ke pasaran Malaysia yang merupakan kamera nircermin terbaru yang siap sedia membawa revolusi kepada dunia fotografi dan juga videografi. Model kali ini adalah sebagai kesinambungan barisan kamera model EOS sebelum ini namun telah diperhebatkan lagi dengan beberapa spesifikasi yang dipertingkatkan.
Kamera ini dikuasakan dengan sensor CMOS 45MP BSI yang dipadankan dengan gabungan cip pemproses imej DIGIC Accelerator dan DIGIC X. Sensor juga hadir dengan sistem Dual Pixel Intelligent AF untuk memastikan kestabilan imej subjek yang ingin diambil tetap terlihat tajam dan jelas walaupun ketika keadaan bergerak. Gambar JPEG sehingga 179MP boleh diambil menerusi sistem penaiktarafan bantuan kecerdasan buatan.
Rakaman video pula adalah 8K sehingga 60fps 12-bit dan 4K sehingga 60FPS. Menariknya, kamera ini turut dilengkapi dengan penyambung HDMI A dan menawarkan sehingga empat saluran rakaman audio 24-bit.
Menerusi pelancaran ini model baru ini, Canon memperlihatkan kekuatan kedudukannya dalam pasaran industri kamera tempatan. Kamera yang ditawarkan memiliki kombinasi spesifikasi yang cukup canggih sekaligus menjadikannya sebagai pilihan ideal bagi para profesional dan penggemar fotografi yang ingin menghasilkan karya-karya yang luar biasa.
EOS R5 Mark II kini telah tersedia dalam pasaran Malaysia dengan harga jualan RM 18,999 untuk badan sahaja, atau RM 24,199 bersama-sama dengan lensa RF24-105mm f/4L IS USM.