Carian
Aksesori FineWoven Apple Masih Dijual, Terhad Kepada Pelindung AirTag Dan Dompet MagSafe
September 10, 2024 Fahim Zahar

Bulan April lepas, Apple telah menghentikan jualan dan pengeluaran kerangka pelindung dengan kemasan FineWoven kerana isu kualiti yang serius. Kerangka pelindung dengan FineWoven adalah alternatif kepada versi kulit yang kononnya adalah lebih berkualiti dan mesra alam. Selepas pelancaran iPhone 16, beberapa aksesori FineWoven dilihat masih ditawarkan.

Tiada kerangka pelindung untuk iPhone kali ini, tetapi pelindung Apple AirTag iaitu AirTag FineWoven Key Ring kini ditawarkan. Selain itu dompet MagSafe iaitu iPhone FineWoven Wallet with MagSafe turut boleh dibeli. Apple menyenaraikan beberapa pilihan warna baharu Dark Green dan Blackberry. Harga jualan adalah RM199 dan RM279 untuk setiap satu. FineWoven adalah bahan binaan dari barangan terpakai pengguna yang telah dikitar semula.

Komen