Kusyen Telinga AirPods Max Baharu Boleh Dibeli Pada Harga RM349
Effi Saharudin
AirPods Max telah dikemaskini dengan lima warna baharu dan sokongan USB-C semalam. Walaupun fon kepala premium Apple ini masih belum dijual di Malaysia, menarik sekali kusyen telinga untuk AirPods Max dalam warna baharu sudah boleh dibeli hari ini pada harga RM349 sepasang.

Terdapat pilihan warna biru, ungu, Midnight, Starlight dan oren yang boleh dibeli oleh pemilik AirPods Max dengan port Lightning kerana ia masih lagi serasi dengan model asal. Jika pembelian dilakukan hari ini, anda boleh menerimanya pada 18 September. Bagi mereka yang mungkin sudah mempunyai kusyen telinga yang kelihatan usang, ini ialah masa terbaik untuk membeli kusyen gantian dengan warna yang nampak lebih ceria.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.