Carian
Meta Mengaku Gunakan Perkongsian Awam Di Facebook Dan Instagram Untuk Melatih AI
September 11, 2024 Aman

Meta kini dilihat mengaku menggunakan kandungan dan perkongsian awam di Facebook dan Instagram dalam melatih model kecerdasan buatan mereka tersendiri, yang kini menguasakan Meta AI. Perkara ini dikongsikan oleh pihak Meta melalui sesi soal-jawab dengan pihak berkuasa di Australia.

Melalui perkongsian wakil Meta, sekiranya pengguna tidak menetapkan sesuatu perkongsian sebagai peribadi sejak 2007 yang lepas, maka Meta mungkin menggunakan teks dan gambar yang dikongsikan untuk tujuan melatih model kecerdasan buatan mereka.

Namun, wakil Meta di Australia menyatakan mereka tidak melatih sebarang kandungan yang dikongsikan mereka dibawah 18 tahun.

Buat masa ini, pihak Meta sekadar menawarkan pilihan untuk tidak menyertakan kandungan seseorang dalam tujuan melatih hanya melibatkan pengguna di Eropah sahaja, dan bukannya pada peringkat global. Selain tidak menggunakan data untuk latihan, Meta juga tidak menawarkan Meta AI untuk pasaran Eropah buat masa ini.

Komen