Carian
Google Mengintegrasikan Wayback Machine Dalam Enjin Carian
September 12, 2024 Fahim Zahar

Google baru-baru ini telah bekerjasama dengan Internet Archive untuk mengintegrasikan Wayback Machine dalam enjin carian mereka. Ia adalah untuk mengimbau kenangan silam rekaan laman web lama serta membenarkan pengguna melihat evolusi laman-laman web kegemaran.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu melakukan carian seperti biasa. Sebelah setiap hasil carian akan ada menu tiga titik, tekan untuk dapatkan About this Result dan di dalamnya pilih More About This Page untuk mendedahkan pautan khas sesuatu laman web melalui Wayback Machine. Melalui pautan ini pengguna akan dapat melihat tangkapan layar atau petikan laman web yang mungkin kini sudah tidak boleh diakses lagi kerana sudah dipadam atau sesuatu sudah berubah membuatkan kandungan tidak dapat diakses.

Buat masa ini, ciri ini diedarkan secara berperingkat kerana dalam ujian saya ia masih tidak kelihatan apabila saya melakukan carian dalam laman web Google tidak kira pelayar web apa yang saya gunakan.

Komen