Sejak beberapa minggu lepas, kita sedia mendengar akan berkenaan OpenAI yang sedang dalam proses meraih dana pelaburan baharu daripada beberapa pihak, termasuk Microsoft dan Apple. Kini, laporan lanjutan hadir melalui Bloomberg, menyatakan OpenAI dalam proses meraih dana pada nilai syarikat mencapai $150 bilion.
Ini sekaligus membuatkan OpenAI sebagai antara syarikat bernilai tinggi, selain ByteDance (pemilik TikTok) dan juga SpaceX. OpenAI sedia menerima perhatian ramai sejak pengenalan ChatGPT, dimana integrasi produk mereka turut dilakukan kedalam MacOS dan juga Windows.
OpenAI dikatakan sedang dalam proses meraih dana berjumlah $6.5 bilion daripada para pelabur, selain turut dalam perbincangan untuk mendapatkan $5 bilion dalam bentuk pinjaman daripada bank.
Buat masa ini, pihak OpenAI tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan perkara ini. Kali terakhir OpenAI berkongsi, menyatakan mereka mempunyai lebih 200 juta pengguna aktif setiap minggu pada ChatGPT – selain turut sedang dalam proses pembangunan SearchGPT, iaitu enjin carian yang dikuasakan kecerdasan buatan.