Luno Malaysia Menambah Lima Kriptowang Baharu – AAVE, CRV, MKR, SNX, Dan XLM
Aman
Luno, salah satu penyedia perkhidmatan bursa kriptowang di Malaysia, hari ini mengumumkan penambahan sebanyak lima kriptowang baharu untuk didagangkan oleh pengguna Malaysia. Dengan pengenalan ini, Luno menawarkan sebanyak 18 kriptowang melalui platform mereka untuk pengguna tempatan – sekaligus menjadikannya yang terbesar di Malaysia.

Lima kriptowang yang ditambah hari ini kepada pengguna tempatan adalah Aave (AAVE), Curve (CRV), Maker (MKR), Synthetix (SNX), dan juga Stellar (XLM).
Luno sedia menerima pengesahan pihak berkuasa tempatan dalam menawarkan kriptowang ini. Bagi anda yang menggunakan Luno, boleh menyemak aplikasi anda hari ini, dan boleh berdagang melalui lima kriptowang baharu ini di platform tersebut.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.