Carian
Harga Ganti Rugi Skrin Tri-Lipat Huawei Mate XT Adalah Lebih Mahal Berbanding iPhone 16
September 13, 2024 Fahim Zahar

Beberapa hari lepas, Huawei telah melancarkan telefon pintar dengan skrin tri-lipat pertama iaitu Huawei Mate XT. Mereka yang pertama di dunia dalam memperkenalkan peranti dengan rekaan seperti ini secara komersil untuk dibeli oleh orang ramai iaitu pada harga mencapai RM12,000. Huawei baru-baru ini telah mendedahkan harga alat ganti bagi peranti ini dan ia adalah sangat mahal.

Jika skrin tri-lipat dalam pecah, harga alat ganti adalah bermula ¥6999 (yang dipulih semula/refurbished) iaitu sekitar RM4,248. Sementara skrin baharu adalah ¥7999 iaitu sekitar RM4,855 dan jika skrin lama tidak ingin dikitar semula, Huawei akan mengenakan bayaran sebanyak RM5,947. Ini adalah harga yang sangat mahal, kerana harga paling murah sudah boleh membeli iPhone 16 dengan baki untuk membeli satu kerangka Beats. Sebagai perbandingan lain, harga mengganti skrin dalam Samsung Galaxy Z Fold6 di Malaysia adalah RM2,329 dan boleh menjadi lebih murah dengan langganan Samsung Care+.

Di China, Huawei turut menawarkan pelan insurans menggantikan skrin dengan harga ¥3,499 iaitu sekitar RM2,124 yang boleh dituntut dalam masa satu tahun. Dengan harga peranti mencapai RM12,000, harga membaiki skrin Mate XT adalah agak mahal. Jika telefon skrin tri-lipat pertama dunia ini ditawarkan di Malaysia, adakah anda akan membelinya dan jika rosak adakah anda sanggup membayar ganti rugi?

Komen