Kedua-dua produk baharu Honor Magic V3 dan MagicPad 2 sudah boleh dibeli secara rasmi di Malaysia. Harga jualan ialah RM6,999 (12/512GB) untuk telefon skrin boleh lipat Magic V3 dengan pilihan warna seperti Mossy Green, Silk Brown dan Classic Black. Sementara itu, tablet Magic Pad2 pula berharga RM2,799 dengan aksesori tambahan iaitu papan kekunci dan stylus diberikan percuma. Ketersediaan adalah melalui pengedar sah Honor di seluruh Malaysia, sama ada secara dalam mahupun luar talian.
Honor Magic V3 masih mengekalkan tubuh serba ringan dan ringan bersama binaan engsel lebih baik. Ia juga disertakan ciri kalis air IPX8 yang dijadikan sebagai pelindungan tambahan. Sistem tri-kamera dengan teknologi Harcourt turut digunakan dengan tetapan 50MP utama + 50MP telefoto periskop + 40MP ultra-lebar/makro. Kemudian diikuti pula dengan skrin sekunder menegak diluar sebesar 6.43-inci OLED dengan kadar segar semula 120Hz.
Apabila dibuka pula ia menawarkan skrin utama 7.92-inci LTPO OLED dengan nisbah aspek 19:9 dan kadar segar semula 120Hz. Skrin sekunder pula sebesar 6.43″ yang juga sejenis LTPO OLED 120Hz. Menjana peranti ialah cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan gabungan memori 12GB RAM dan storan 512GB. Ini digabungkan dengan bateri sebesar 5,150mAh dengan pengecasan pantas 66W menerusi port USB-C. Perisian MagicOS 8.0.1 berasaskan Android 14 digunakan dengan ciri pintar AI terbina seperti AI Magic Portal – Search To do More, AI Face-to face Translation dan AI Eraser.
Honor MagicPad 2 pula merupakan tablet dengan skrin 12.3″ beresolusi 3.1K dan kadar segar semula 144Hz. Cip Snapdragon 8s Gen 3 digunakan sebagai tunjang utama dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan 256GB. Honor melengkapkan lagi tablet ini dengan perisian terkini MagicOS 8.0 (Android 14) yang disertakan ciri AI terbina seperti AI Noise Cancelling, AI Voice To Text, AI Handwriting Beautification dan AI Formulation Recognition. Selain mempunyai bateri 10,050mAh, lapan pembesar suara (IMAX Audio) kamera utama 13MP dan swafoto sebesar 9MP.