Amazon Mengarahkan Pekerja Kembali Ke Pejabat 5 Hari Seminggu
Aman
Amazon kini mengarahkan semua pekerja mereka untuk kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu, berkuat-kuasa 2025. Sebelum ini, sejak pandemik pelbagai syarikat telah mengimplementasi kaedah kerja hibrid dan secara jarak jauh. Amazon sendiri telah melaksanakan perkara berkenaan sebelum ini, dan turut telah beralih kepada tiga hari bekerja di pejabat sebelum ini.
Dengan peralihan bermula tahun hadapan, ia akan memperlihatkan kaedah kerja Amazon kembali seperti sebelum pandemik. CEO Amazon sendiri menekankan perubahan ini diperlukan dalam usaha untuk terus kekal “mencipta, berkolaborasi dan kekal berhubung”.
Pada masa yang sama, CEO Amazon turut mengatakan implementasi tiga hari bekerja di pejabat sebelum ini telah memperlihatkan kelebihan bekerja di pejabat, membuatkan kini kerja 5 hari di pejabat dikuat-kuasa.
Beberapa syarikat teknologi sebelum ini turut telah mengarahkan kerja di pejabat sepenuhnya, memandangkan ia dilihat membawa kepada hasil dan kolaborasi lebih baik dalam pembangunan produk.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.