TikTok Menguji Ciri Menyahpadam dan Sunting Semula Video
Rihhadatul Aisy
Bagi meningkatkan pengalaman dan kreativiti pengguna, TikTok kini dilaporkan sedang menguji satu lagi ciri baharu yang akan membolehkan pengguna menyunting semula klip video yang telah dimuat naik serta memberikan pilihan untuk memuat naik semula video yang telah dipadam dalam tempoh 30 hari.

Menerusi ciri baru ini, pengguna boleh memilih untuk memadamkan klip video mereka dan kemudian memuatnaiknya semula serta boleh membuat suntingan pada video, audio atau kapsyen. Ciri ini pastinya cukup berguna jika pengguna membuat kesilapan atau ingin memasukkan elemen baru ke klip video yang telah dimuat naik di platform TikTok.
Maklumat lanjut mengenai tarikh sebenar ciri ini bakal dilancarkan kepada semua pengguna masih belum diketahui. Menarik untuk sama-sama kita nantikan ciri baru ini dilancarkan kelak.
[sumber] Linkedin [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.