Carian
Google Drive Memperketatkan Lagi Ciri Sekatan Akses Kepada Fail Yang Dikongsi
September 17, 2024 Rihhadatul Aisy

Google memperkenalkan ciri baharu yang menghalang akses fail yang disimpan menerusi storan awanan Google Drive. Ciri ini memberikan kawalan yang lebih ketat ke atas fail-fail yang dikongsi oleg sesebuah organisasi.

Sebelum apabila sebuah Folder dikongsi oleh pengurus organisasi, keseluruhan kandungannya dapat diakses oleh pengguna yang mempunyai pautan. Menerusi ciri baharu, sekatan akses boleh ditetapkan untuk sub-folder dan juga fail tertentu di dalam folder asal yang sebelum ini boleh diakses semua.

Ciri kawalan seumpama ini dirasakan cukup berguna untuk melindungi maklumat sensitif atau sebarang maklumat dalam fail yang bersifat peribadi sekaligus dapat mengurangkan risiko kebocoran data ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ciri ini masih dalam tahap beta untuk tujuan ujian dan hanya tersedia untuk pengguna Google Workspace. Tarikh pasti pelancarannya masih belum diumumkan tetapi diharapkan ia akan segera dilancarkan kepada semua pengguna dalam masa yang terdekat.

Komen