Perkhidmatan media sosial Bluesky memperlihatkan peningkatan positif sejak X diharamkan di Brazil tempoh hari, dan kini mencatatkan rekod tersendiri apabila berjaya mencatatkan lebih 10 juta pengguna berdaftar di platform mereka.
Bluesky dibangunkan sebagai alternatif untuk Twitter, dibangunkan dengan fokus teknologi terpencar dan menggunakan protokol AT padanya. Ia pada awalnya ditawarkan dalam bentuk jemputan, dan telah membuka akses kepada semua pengguna sejak Februari 2024 lepas.
Peningkatan pengguna Brazil dilihat naik drastik sejak daripada halangan yang dilaksanakan terhadap X di Brazil. Terbaru, ia mencatatkan lebih 10 juta pengguna berdaftar, dan mereka turut hadir dengan ciri khusus yang memaparkan angka daftar seseorang pengguna melalui platform tersebut apabila tap pada logo di aplikasi mudah-alih atau web.