Carian
YouTube Bekerjasama Dengan Shopee Untuk Ciri Edagang Di Asia Tenggara
September 19, 2024 Aman

Sea melalui Shopee kini mengumumkan kerjasama dengan pihak YouTube, sekaligus akan memperlihatkan integrasi ciri jual-beli terus pada YouTube dan melakukan pembelian melalui Shopee. Buat masa ini, kerjasama ini diumumkan di Indonesia terlebih dahulu, dan akan diperluaskan ke negara Asia Tenggara yang lain.

Dengan langkah ini, ciri YouTube Shopping akan diperluaskan ke rantau ini, membolehkan penerbit kandungan untuk mengintegrasikan pautan membeli di Shopee pada video-video YouTube dengan tag pada produk di video berkenaan. Pengguna seterusnya boleh melakukan pembelian terus melalui Shopee dengan mudah tanpa perlu melakukan carian dan sebagainya.

YouTube sendiri dijangka akan mengumumkan lebih banyak rakan edagang untuk integrasi YouTube Shopping di rantau ini, namun buat masa ini, hanya Shopee sahaja diumumkan secara rasminya.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan secara rasminya pengenalan YouTube Shopping ini untuk pasaran Malaysia.

Komen