Aksesori powerbank Anker MagGo diperkenalkan pada tahun lepas sebagai pengganti alat pengecasan untuk peranti-peranti pintar mereka. Aksesori MagGo ini cukup kecil dan mempunyai kapasiti yang besar untuk mengecas peranti-peranti pintar mereka.
Terkini, Anker nampaknya telah menemui satu isu yang serius dengan beberapa powerbank mereka, terutamanya model-model Anker 334 MagGo Battery (PowerCore 10K), Anker Power Bank dan Anker MagGo Power Bank dengan nama model A1642, A1647 dan A1652.
Anker mengatakan bahawa mereka telah menemui isu dengan bateri litium-ion yang digunakan dalam produk-produk ini. Ia dilihat bahawa komponen tersebut boleh menjadi terlalu panas dan menyebabkan komponen-komponen lain seperti rangka plastik untuk melebur dan mengeluarkan asap yang merbahaya.
Oleh kerana ini, Anker telah mengeluarkan amaran untuk para pengguna produk-produk yang dinyatakan diatas untuk berhenti menggunakannya, dan untuk memulangkan produk-produk tersebut ke Anker, dimana ia kemudiannya akan digantikan dengan produk baru tanpa cas tambahan.
Anda boleh ke laman web Anker dan memasukkan angka siri produk Anker MagGo anda terkesan dengan panggilan semula ini.
Buat masa ini, kenyataan ini nampaknya terpakai di beberapa rantau terpilih seperti Amerika, Eropah dan Australia. Anker juga berada di pasaran Malaysia, dan kami telah bertanyakan kepada mereka sama ada pelanggan-pelanggan Malaysia perlu mengambil perhatian mengenai perkara ini, dan akan mengemaskini artikel ini untuk pengetahuan lanjut pembaca.