Unisoc hari ini mengumumkan, cip-cip pemprosesan dengan sokongan 5G dan 4G mereka telah dikemaskini untuk sokongan Android 15. Mereka menjelaskan terdapat tiga ciri utama kenapa kemas kini baharu ini lebih bagus untuk kesemua 11 cip yang disokong.
Cip yang disokong adalah T820, T770, T765, T760 dan T750 untuk platform 5G. Sementara cip T620, T619, T616, T615, T612 dan T606 adalah untuk platform 4G. Ciri pertama adalah pengeluar peranti yang menggunakan cip ini akan menerima sokongan sekuriti dan perlindungan privasi yang mengikut standard Google tetapkan untuk Android 15. Ciri kedua adalah sokongan kemas kini yang lebih pantas.
UNISOC Framework resource management center turut diintegrasikan bersama-sama dengan AI codec untuk fleksibiliti kepada pengeluar menjadikan peranti dengan cip Unisoc lebih berkuasa. Tidak kira untuk hiburan ataupun permainan video. Akhir sekali, Unisoc mengumumkan yang mereka akan melatih wakil-wakil pengeluar peranti untuk persediaan mengemaskini peranti masing-masing ke Android 15.