Carian
TM Mengesahkan Masalah Kabel Dasar Laut Yang Memberikan Impak Kepada Pelayaran Internet
September 20, 2024 Aman

Telekom Malaysia hari ini mengesahkan mengalami masalah kabel dasar laut, sekalius memberikan impak kepada penggunaan internet dan juga pelayaran web untuk para pengguna – terutamanya melalui perkhidmatan Unifi.

Perkongsian ini hadir selepas ramai pengguna Unifi mengadu berkenaan rangkaian internet yang perlahan sejak beberapa hari kebelakangan ini. TM melalui Unifi mengatakan pasukan mereka sedang aktif dalam mengawal dan mengoptimasikan rangkaian internet buat masa ini.

TM mengatakan akan terus berkongsi sebarang perkembangan berkaitan perkara ini dari masa ke semasa. Tiada sebarang latar masa diberikan berkenaan bilakah gangguan ini akan selesai sepenuhnya.

Komen