Raiz Menutup Akaun Semua Pengguna Di Malaysia – Baki Akan Dikeluarkan Secara Automatik
September 20, 2024
Kewangan
Aman
Raiz Malaysia hari ini menutup semua akaun dibawah mereka, dan sebarang baki akaun yang masih terdapat dalam akaun akan dikeluarkan secara automatik, dan dimasukkan ke Akaun Pengeluaran yang telah ditetapkan oleh para pengguna.

Langkah ini adalah lanjutan daripada pengumuman pihak Raiz yang menamatkan operasi mereka di Malaysia. Sejak awal bulan September ini, pengguna sudah tidak lagi boleh melakukan pelaburan dan menukar porfolio pelaburan pada Raiz Malaysia, dan hari ini semua akaun ditutup secara automatik.
Bergerak kehadapan, bermula 16 Oktober 2024 kelak, semua akaun Raiz di Malaysia tidak lagi boleh diakses.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.