Carian
Fon Kepala Sony MDR-M1 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,199
September 20, 2024 Amy Maizuraa

Sony MDR-M1 ialah fon kepala berwayar yang direka untuk kegunaan studio. Ia didatangkan dengan sepasang pemacu audio baharu, julat frekuensi yang lebih luas dan keupayaan bass lebih baik. Ia turut dibangunkan dengan kerjasama jurutera terkemuka dalam industri, termasuk Battery Studios Mastering Engineer, Mike Piacentini, dan Recording & Mixing Engineer of Power Station Berklee NYC, Akihiro Nishimura.

Dengan berat hanya 233 gram, fon kepala ini direka untuk keselesaan semasa kegunaan jangka masa panjang. Meskipun tiada sistem pembatalan hingar diberikan namun pad telinga tertutup digunakan mampu meminimumkan bunyi ambien dan menghalang kebocoran bunyi, seterusnya memberikan kualiti pengasingan bunyi yang berkualiti tinggi. Di atas kertas fon kepala ini diiklankan mampu menawarkan tindak balas julat frekuensi diantara 5Hz – 80kHz. Kemudian meningkatkan tindak balas sementara frekuensi rendah dengan mengoptimumkan diafragma sambil menyampaikan bass yang seimbang dengan baik.

Sony MDR-M1 turut didatangkan dengan dua kabel, iaitu kabel boleh ditanggalkan dengan palam mini steereo dan penyesuai. Sementara itu satu lagi kanel lebih pendek bagi tujuan fleksibiliti dalam kegunaan tertentu. MDR-M1 juga serasi digunakan dengan perkhidmatan Sony 360 Virtual Mixing Environment (360VME), dan harga jualan di Malaysia ialah RM1199 seunit.

Komen