Malaysia Dan Kemboja Melancarkan Kemudahan Pembayaran QR Rentas Sempadan
Nazrin
Bank pusat Malaysia dan Kemboja hari ini telah melancarkan kemudahan pembayaran melalui teknologi QR (Quick Response) untuk memudahkan pembayaran nirtunai apabila proses pembelian dan penjualan berlaku di kedua-dua negara ini.
Fasa pertama pelan ini membabitkan para pelancong dari Kemboja ke Malaysia, yang kini boleh menggunakan aplikasi perbankan mereka seperti Bakong dan juga Maybank2U KH untuk mengimbas kod QR DuitNow di premis perniagaan di Malaysia untuk membuat bayaran.

Pada fasa kedua yang akan diumumkan kelak, pelancong dari Malaysia yang ke negara Kemboja juga boleh mengimbas kod QR KhmerQR menggunakan aplikasi pembayaran QR dari institusi-institusi kewangan yang menyokongnya.
Buat masa ini, badan-badan kewangan yang terlibat dalam implimentasi pembayaran QR rentas sempadan diantara Malaysia dan Kemboja ini termasuklah National Bank of Cambodia, PayNet dan juga Maybank sebagai bank yang menyokong kolaborasi ini.
[sumber]Bank Negara Malaysia[/sumber]