Kerajaan hari ini secara rasminya telah pun meluncurkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) atau dinamakans ebagai AIGE. Pengenalan garis panduan ini dilihat selari dengan kemajuan kecerdasan buatan yang semakin pesat pada peringkat global, termasuk di Malaysia sendiri.
Sejak pengenalan ChatGPT, ramai pihak telah mula melihat secara serius dalam arena kecerdasan buatan, dan berlumba untuk hadir dengan inovasi masing-masing. Selari dengannya juga, pelbagai kebimbangan hadir berkenaan dengan implikasi dari segi penggunaan, keselamatan dan etika dari segi pembangunan dan penggunaannya.;
Garis panduan ini dijangka akan menjadi kunci utama dalam membina kepercayaan ekosistem digital yang kukuh, selain memainkan peranan dalam pemerkasaan undang-undang sedia ada.
Tidak lama lagi juga, Pejabat Kecerdasan Buatan Nasional (NAIO) dijangka akan beroperasi, dan garis panduan ini akan bergerak seiring dengannya, dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab AI serantau.
Bagi anda yang berminat, boleh rujuk laman rasmi MOSTI dalam mendapatkan dokumen Garis Panduan Tadbir Urus & Etika Kecerdasan Buatan ini.