Telefon Tri-Lipat Oleh Huawei Dijangka Memasuki Pasaran Global Pada Awal 2025
Aman
Huawei sedia mengejutkan pasaran dengan pengenalan telefon pintar tri-lipat pertama pada awal bulan ini, dinamakan Huawei Mate XT. Melaluinya, pengguna boleh melipat menjadi sebuah telefon pintar bersaiz 6.4-inci, membukanya menjadi peranti 7.9-inci, atau sebuah tablet bersaiz besar 10.2-inci.
Menariknya adalah kebetalan peranti ini adalah lebih kurang sama seperti Galaxy Z Fold 6 yang dilancarkan baru-baru ini. Peranti ini turut hadir dengan bateri 5600mAh, selain kamera utama 50-megapixel dibelakang.

Peranti ini hanya ditawarkan di China sahaja buat masa ini, dengan harga jualan permulaan mencapai RM12,000. Ia kini turut dikongsikan yang mana peranti ini akan mula dipasarkan ke pasaran global atau luar China bermula suku pertama 2025 kelak.
Bagi anda yang menantikan peranti tri-lipat ini, sama-sama kita nantikan pada awal tahun 2025 kelak, smaa ada ia akan memasuki pasaran Malaysia atau sebaliknya.