Elon Musk Mahu Menghantar Lima Kapal Angkasa Tanpa Kru Ke Marikh Dalam Masa Dua Tahun
Nazrin
Apabila Elon Musk membangunkan SpaceX, beliau mempunyai impian untuk membawa manusia ke planet Marikh untuk menetap di sana. Setelah 22 tahun syarikat tersebut dimulakan, beliau nampaknya yakin untuk memulakan langkah seterusnya dalam mencapai impian tersebut.

Ia dilaporkan bahawa dalam masa dua tahun akan datang, Elon Musk mahu menghantar lima kapal angkasa tanpa kru ke Marikh apabila julat pengembaraan ke planet tersebut terbuka kelak. Ini adalah untuk menguji sama ada ia selamat untuk menghantar kapal-kapal ini ke planet tersebut, dan jika ia boleh selamat mendarat.
Sekiranya berjaya, satu misi bersama kru akan dimulakan dua tahun selepas pendaratan berjaya dilakukan. Tetapi sekiranya ia tidak berjaya, mereka akan menunda penerbangan bersama kru selama dua tahun lagi, dan mungkin menguji lagi menghantar kapal tanpa kru untuk memastikan ianya berjaya terlebih dahulu.
Elon Musk dilihat telah menukar tarikh pelancaran kapal angkasa SpaceX ke Marikh beberapa kali. NASA juga dilihat berkemungkinan menggunakan khidmat syarikat tersebut untuk pelancaran ke bulan. Pelbagai ujian penerbangan dapat dilihat kebelakangan ini, dan kami jangkakan bahawa penerbangan sulung ke Marikh adalah sesuatu yang akan ditunggu-tunggu oleh orang ramai, tidak kira ia berjaya ataupun tidak.
[sumber]Reuters[/sumber]