Carian
Infinix ZERO Flip Akan Menggunakan Cip Dimensity 8020 Dan Pengecasan Pantas 70W
September 23, 2024 Amy Maizuraa

Meskipun ketinggalan namun tidak menghalang Infinix untuk menghasilkan telefon dengan skrin boleh-katup tersendiri. Ia telah diperlihatkan secara langsung menerusi kemaskini rasmi Infinix di media sosial rasmi dengan sebahagian dan spesifikasi disertakan bersama.

Infinix turut mendedahkan nama rasmi peranti itu yang dikenali sebagai ZERO Flip yang juga dipercayai memberi tumpuan terhadap rekaan kemasan dan engsel lebih baik. Selain itu menggunakan cip Dimensity 8020 untuk tunjang utama yang bermakna rangkaian 5G turut disediakan secara terbina.

Dengan skrin 120Hz pula diyakini mampu menjadikan skrin lebih responsif. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada fungsi berkenaan betul-betul menyokong kedua-dua belah skrin atau sebaliknya kerana Infinix masih memperincikan perkara tersebut. Begitu juga dengan kapasiti bateri yang masih misteri sehingga ke saat ini. Apa yang pasti ia boleh dicas semula melalui sistem pengecasan 70W dan port USB-C.

Pilihan memori pula terdiri dengan 8GB RAM yang turut boleh dikembangkan lebih besar secara maya mencapai 16GB dan tiada butiran storan dalaman yang diketahui. Lebih banyak butiran dijangka boleh didedahkan dalam masa terdekat ini sama-sama kita nantikan.

Komen