X Akan Membenarkan Akaun Yang Dihalang Untuk Melihat Ciapan Anda
Effi Saharudin
Ciri block digunakan di Twitter/X bagi menghalang individu tertentu membaca ciapan yang dihantar oleh anda. Ia adalah ciri yang paling mudah untuk menghalang insan yang sukar menjadi penguntit di media sosial. Tetapi Elon Musk telah mengatakan kelak semua ciapan yang dihantar boleh dilihat dan dibaca oleh semua termasuk akaun yang telahpun dihalang.

Tidak diketahui mengapa keputusan otak galaksi ini diambil oleh Elon Musk sedangkan ia ciri yang berkesan untuk menghalang insan tertentu daripada mengikuti akaun anda. Walaupun ciapan boleh dilihat dan dibaca, Musk berkata akaun yang dihalang masih tidak dibenarkan untuk berinteraksi dengan pemegang akaun. Satu-satunya cara untuk menghalang insan tertentu daripada terus membaca ciapan anda sekarang ialah dengan mengunci akaun menggunakan mod Private.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.