Infinix ZERO Flip Akan Ke Pasaran Malaysia Pada Oktober 2024
Amy Maizuraa
Infinix mengesahkan bahawa telefon skrin boleh katup pertamanya, ZERO Flip akan ke pasaran Malaysia pada 1 Oktober 2024. Tumpuan juga dikatakan sama seperti siri ZERO sebelum ini dengan kemampuan merakam vlog sehingga 4K. Dalam masa sama menggabungkan rekaan dan kemasan peranti yang relevan seiring dengan perkembangan teknologi yang terus berkembang. Maklumat mengenai peranti juga dilihat terhad memandangkan masih belum dilancarkan di mana-mana pasaran.

Namun, apa yang pasti, telefon baharu ini akan menggunakan cip Dimensity 8020 sebagai tunjnag utama yang bermakna menyokong 5G secara terbina. Di samping mempunyai skrin 120Hz yang diyakini mampu menyediakan tatalan yang responsif. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada fungsi berkenaan betul-betul menyokong kedua-dua belah skrin atau sebaliknya kerana Infinix masih memperincikan perkara tersebut. Bateri disertakan pula boleh dicas semula melalui sistem pengecasan 70W dan port USB-C.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.