Rekaan Nothing Ear (Open) Tertiris Sepenuhnya
Effi Saharudin
Nothing mengacah pelancaran produk baharu mereka minggu lalu dengan gambar yang tidak begitu jelas dan agak kriptik. Hari ini rekaan produk misteri ini telah tertiris sepenuhnya dan Nothing Ear (Open) ialah sepasang fon telinga yang disangkut pada telinga seperti Powerbeats Pro.

Nothing Ear (Open) masih mengekalkan rekaan ikonik fon telinga yang mereka keluarkan sebelum ini dengan terdapat komponen lutcahaya. Tiada putik silikon dengan lubang pembesar suara akan diletakkan betul-betul di hadapan lubang telinga. Bahagia cangkuk nampaknya diperbuat daripada bahan silikon lembut.

Menurut WinFuture, Nothing Ear (Open) dilengkapi pemandu audio sebesar 14.2mm, mempunyai bateri yang bertahan selama 8 jam, pod pengecas yang memanjangkan hayat operasi sehingga 30 jam dan hadir dengan kemampuan kalis air serta debu IP54. Fon telinga ini akan dilancarkan lewat malam ini.
[sumber] WinFuture [/sumber]