Carian
Siri HUAWEI WATCH GT 5 – Jam Tangan Impian Semua
September 26, 2024 Amy Maizuraa

Terdapat pelbagai jam pintar di pasaran yang sangat berkebolehan dalam pelbagai aspek serta fungsi. Acapkali yang membezakan peranti ini adalah dari segi rekaan dan prestasi dalam usaha memenuhi keperluan pengguna moden. Siri HUAWEI WATCH GT 5 merupakan iterasi jam pintar premium terkini yang tampil bergaya dan sarat dengan pelbagai fungsi.

Menyerlahkan keterampilan jam tangan pintar HUAWEI WATCH GT 5 adalah dari segi rekaan yang sesuai untuk apa jua gaya, baik untuk anda yang inginkan gaya elegan, atau jika anda inginkan gaya aktif. Siri kali ini terdiri dengan dua model iaitu HUAWEI WATCH GT 5 dalam pilihan saiz 41mm dan 46mm. Manakala HUAWEI WATCH GT 5 Pro menawarkan pilihan saiz 42mm dan 46mm. Siri HUAWEI WATCH GT 5 juga menawarkan 10 pilihan warna tali.

Dengan ini tentulah menjadikan ia pilihan cukup baik untuk mereka yang ingin mencuba gaya yang berbeza. Jika inginkan gaya aktif, pasang sahaja tali jam Fluoroelastomer akan terus menyerlahkan gaya lasak jam tangan ini. Atau jika anda ingin tampil elegan, pasangkan sahaja tali jam kulit atau tali jam dari bahan titanium. Anda tidak akan kurang gaya dengan apa sahaja pilihan yang anda buat.

Menambah ketahanan jam tangan pintar siri HUAWEI WATCH GT5 ini adalah badan yang dihasilkan dari bahan yang berkualiti tinggi. Dengan bahan seperti aloi titanium yang menepati piawaian bahan yang sama digunakan untuk industri aeroangkasa, kaca nilam yang tahan dan khas untuk versi Pro – kaca kristal nano seramik memastikan ketahanan tinggi peranti ini. Malah ia juga lebih tahan lajar dan mempunyai ketahanan IP96K, membolehkan anda pergi ke mana-mana sahaja sambil memakai jam tangan pintar ini.

Peningkatan paling ketara pada model tahun ini ialah sensor belakang TruSense System baharu yang meningkatkan kapasiti pemprosesan data sebanyak 15% lebih baik. Selain turut mampu mengurangkan kadar kehilangan isyarat sebanyak 20% dan meningkatkan ketepatan pemantauan kadar denyutan jantung terutamanya semasa bersenam. Ini nampaknya membolehkan jam tangan mengumpul rangkaian data lebih luas, dan menyediakan ketepatan maklumat yang boleh dipercayai secara konsisten.

Segala pemantauan aktiviti kecergasan juga dapat dilakukan dengan lebih mudah seperti larian, berbasikal, menyelam, dan banyak lagi melebihi 100 aktiviti kecergasan. Malah pemantauan aktiviti kecergasan juga ditambah baik, antaranya larian lasak yang kini menyokong peta topografi, pengesanan postur badan sewaktu berlari sekaligus mencadangkan postur yang sepatutnya ketika berlari dan juga pemantauan aktiviti berbasikal yang dimulakan secara automatik.

Dan jika anda minat bermain golf, HUAWEI Watch GT 5 Pro kini menyertakan fungsi bagi memperkaya pengalaman anda di padang golf, dengan maklumat menyeluruh untuk padang golf di seluruh dunia. Maklumat seperti kelajuan angin, arah pukulan disyorkan, halangan seperti pasir dan tasik, par, peta padang golf, pemandangan panorama dan padang tersedia untuk pengguna. Malahan turut boleh memberikan markah untuk pukulan golf, membolehkan anda berlatih dan terus memahirkan diri dalam sukan berprestij ini.

Seterusnya pemantauan aktiviti kecergasan ini juga dilengkapkan dengan pemantauan kesihatan fizikal dan mental pengguna. Siri HUAWEI WATCH GT 5 menyokong pemantauan degupan jantung dan SpO2 serta kadar respiratori pengguna. Malah kiraan untuk SpO2 kini direkodkan dengan lebih pantas daripada 25 saat kepada 15 saat. Seterusnya khas untuk pengguna wanita, ia turut menyediakan penjejakan kitaran haid dan laporan yang komprehensif untuknya.

Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal, dan menerusi Siri HUAWEI WATCHGT 5 ini ia akan memantau emosi pengguna secara langsung. Sekiranya terdapat sebarang isu, akan terdapat notifikasi bagi membantu intervensi untuk memastikan kesihatan mental pengguna terjamin. Data yang direkodkan ini juga akan dianalisa, dan dipaparkan menerusi emoji panda comel. Pengguna juga boleh berinteraksi dengan emoji haiwan “Pet Panda” ini bagi berkongsi mengenai perasaan dan laporan analisis harian, atau mingguan dan juga bulanan.

Perlu juga anda tahu yang kesemua fungsi pemantauan kesihatan ini juga boleh dikongsi dengan keluarga. Melalui fungsi Family Health Monitoring dalam HUAWEI Community di aplikasi HUAWEI Health, anda boleh memantau pelbagai maklumat seperti tekanan darah, kiraan langkah, kadar degupan jantung serta SpO2. Senang kata kalau anda mahu pantau tahap kesihatan anak, atau ibu bapa, fungsi ini semestinya amat membantu anda dalam memastikan mereka sentiasa cergas.

Anda juga perlu tahu yang mana satu satu cara paling berkesan untuk memantau kesihatan keluarga adalah melalui pemeriksaan kesihatan keluarga secara berkala. HUAWEI disini cuba untuk membantu. Tambahkan sahaja mana-mana devices yang disokong ke dalam list Family Care tadi dengan hanya mengimbas kod QR. Kemudian kesemua kemaskini dan reminder penting tentang kesihatan mereka yang tersayang kini boleh dipantau dengan mudah dan pantas.

Siri HUAWEI Watch GT 5 juga pilihan ideal untuk mereka yang mementingkan ciri pintar pada seutas jam tangan, dengan keupayaan menerima panggilan, membalas teks (papan kekunci penuh disediakan), NFC yang menggantikan kad fizikal dan lain-lain yang disediakan bersama. Melengkapkan semua kecanggihan HUAWEI Watch GT 5 Pro ini adalah ketahanan bateri yang lama, boleh mencapai 14 hari waktu bersedia dengan pengecasan pantas selama 60 minit dan pengecasan nirwayar. Jam tangan pintar yang canggih ini turut menyokong peranti Android dan iOS maka tiada alasan untuk tidak memilikinya. 

Harga jualan rasmi di Malaysia bermula RM1,099 untuk WATCH GT 5 manakala WATCH GT 5 Pro pula bernilai RM1,399. Pratempah juga dibuka sekarang dengan hadiah menarik bernilai RM528 yang termasuk HUAWEI Freebuds 5i dan jaminan waranti APAC. Anda yang berminat boleh berbuat demikian di kedai rasmi HUAWEI Experience Store seluruh Malaysia, atau secara atas talian menerusi laman rasmi HUAWEI serta kedai rasmi HUAWEI di Shopee, Lazada dan TikTok.

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia


Komen