TikTok hari ini mengumumkan mereka akan menamatkan penawaran perkhidmatan penstriman muzik mereka yang ditawarkan secara terhad dibeberapa buah negara sebelum ini, dibawah nama TikTok Music. Sebab disebalik penamatan berkenaan tidak dinyatakan.
TikTok Music sebelum ini telah diperkenalkan pada 2023 lepas, dibeberapa buah negara, termasuk Indonesia dan Singapura. Melaluinya, ia memposisikan penawaran sebagai alternatif kepada Spotify dan Apple Music – apatah lagi dengan TikTok sedia melesenkan sejumlah lagu untuk platform mereka.
TikTok Music akan ditamatkan sepenuhnya pada November kelak, dan pengguna diberikan masa sehingga 28 Oktober untuk memuat-turun data dan pindahkan senarai main ke platform lain.