ASUS Zenbook S 14 (UX5406) Tersedia Di Malaysia Pada Harga RM6,999
Amy Maizuraa
ASUS mengumumkan ketersediaan Zenbook S 14 (UX5406) di Malaysia pada hari ini. Ia merupakan komputer riba yang mampu menjalankan ciri kecerdasan buatan secara terbina pada mesin. Kemudian menyasarkan pengguna yang mementingkan prestasi tinggi pada sesebuah komputer riba mereka. Harga jualan ialah RM6,999 sebuah dengan pilihan warna Zumaia Gray dan Scandinavian White.


ASUS Zenbook S 14 (UX5406) dilengkapi skrin sejenis Lumina OLED 14-inci yang beresolusi 3K (2880 X 1800 piksel) dan nisbah aspek 16:10. Menguasai komputer riba adalah cip pemprosesan Intel Core Ultra 7 (Series 2) terkini dan GPU Intel Arc Graphics dengan prestasi AI sehingga 48 NPU TOPS. Diikuti pilihan memori 32GB LPDDR5X dan storan 1TB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD yang dirasakan mencukupi untuk sebahgian besar kegunaan pengguna moden.

Terdapat juga kekunci Copilot khusus untuk akses pantas kepada fungsi Copilot dengan serta merta. Di samping sistem Kamera AiSense FHD IR bersama empat pembesar suara dengan audio harman kardon (Premium). Bateri 72Whr digunakan turut boleh dicas semula menggunakan sistem pengecasan pantas 65W. Pilihan I/O pula terdiri dengan 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 2 x Thunderbolt 4 (display / power delivery), 1 x HDMI 2.1 TMDS dan 1 x bicu audio 3.5mm.
[info] Beli – ASUS Zenbook S 14 (UX5406S-APV208WS) [/info]