Amerika Syarikat Memfailkan Saman Ke Atas Visa – Mengatakan Memonopoli Pasaran Rangkaian Debit
Aman
Pihak berkuasa di Amerika Syarikat kini telah memfailkan saman ke atas penyedia perkhidmatan kewangan terkemuka, Visa, menyatakan firma berkenaan memonopoli pasaran rangkaian debit, termasuk melalui perjanjian dengan rakan kerjasama. Hal ini dikatakan membawa kepada bayaran tambahan yang perlu dilakukan oleh para penjual dan peruncit yang menggunakan rangkaian tersebut.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat mengatakan perkara ini membawa kepada peningkatan harga, pengurangan kualiti dan perkhidmatan – selain memberikan impak kepada keseluruhan pasaran.
Di Amerika Syarikat, lebih 60% transaksi debit adalah melalui Visa, membawa kepada lebih $6 bilion yuran pemprosesan tahunan.
Pada masa yang sama, Visa dikatakan mempunyai perjanjian dengan syarikat teknologi seperti Apple dan PayPal, untuk mengelak daripada mereka menjadi pesaing kepada Visa. Visa dikatakan sedia mempunyai perjanjian dengan Apple, mengatakan Apple tidak akan bersaing terus dengan penyedia rangkaian perkhidmatan berkenaan.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah langkah dan fasa seterusnya melibatkan Visa, dan adakah ia akan berhenti dengan denda sahaja.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.