Xeon Clearwater Forest Merupakan Cip Intel Pertama Yang Dibina Menggunakan Proses 18A
Nazrin
Banyak telah diperkatakan mengenai proses 18A yang sedang dikejar oleh Intel untuk pengeluaran siri cip pemprosesan terbaru mereka. Pada awal bulan ini, mereka telah mengesahkan bahawa teknologi proses Intel 20A tidak lagi akan dibangunkan,
Intel juga dilihat telah menggunakan khidmat TSMC untuk membina cip pemprosesan Intel Lunar Lake dan Arrow Lake yang akan dilancarkan kelak sementara menunggu proses 18A sedia untuk digunakan secara besar-besaran pada tahun hadapan.

Walaupun begitu, Intel nampaknya telah memperlihatkan satu kejutan dengan memperkenalkan cip pemprosesan Intel Xeon akan datang mereka yang hadir dengan kod nama Clearwater Forest yang merupakan cip pertama mereka yang dibina menggunakan proses 18A (18 Angstrom, ataupun 1.8nm).
Setakat ini tidak ada apa-apa butiran yang diketahui mengenai cip ini, tetapi nampaknya teknologi proses tersebut sudahpun mula diaktifkan untuk ujian awal, dan ini adalah cip pemprosesan pertama yang dikeluarkan.
Diperlihatkan di acara Intel Enterprise Tech Tour di Portland, Oregon, cip pemprosesan Xeon Clearwater Forest ini hanya akan mula diperkenalkan pada tahun hadapan, dan merupakan cip pemprosesan pertama yang akan dibina menggunakan proses 18A. Cip-cip lain seperti Panther Lake, Nova Lake dan sebagainya juga dilihat akan dikilangkan menggunakan proses ini, tetapi butiran lanjut mengenai cip-cip pemprosesan ini juga belum disahkan lagi.
[sumber]Tom’s Hardware[/sumber]