Kerajaan Akan Menubuhkan Akademi Keselamatan Siber
Aman
Timbalan Perdana Menteri kini berkongsi menyatakan kelak sebuah Akademi Keselamatan Siber akan ditubuhkan, dengan fokus utama untuk menampung permintaan tenaga kerja dalam arena berkenaan. Akademi Keselamatan Siber akan diposisikan dibawah penyelerasan Cybersecurity Malaysia.
Perkembangan arena digital turut membawa kepada keperluan tenaga kerja mahir khususnya memfokuskan kepada keselamatan siber. Akademi ini dijangka akan menyelaraskan bentuk khusus yang akan disediakan, sekaligus membentuk berasaskan keperluan semasa dalam arena digital.
Beberapa program akan dilaksanakan, dalam usaha meningkatkan kapasiti dan juga kompetensi yang berstruktur secara berterusan. Ia dijangka Akademi Keselamatan Siber ini akan membolehkan lebih 26,000 bakat dalam bidang berkenaan dibangunkan, sekaligus menampung keperluan tempatan dalam arena keselamatan siber.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.