Acerpure Beauty Ionic Dryer & Styler dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini. Seterusnya menawarkan lebih banyak pilihan pengering rambut yang boleh dimiliki oleh pengguna. Malahan turut menandakan Acer mula memasuki pasaran teknologi gaya hidup dengan lebih meluas termasuk di Malaysia. Pengenalan ini turut diyakini mampu menawarkan pengalaman yang unik dan berkesan untuk memanfaatkan sepenuhnya pembelian para pengguna.
Acerpure Beauty Ionic Hair Dryer & Styler dilengkapi Acerpure (22 million pcs/cm3) Anion Technology yang berfungsi untuk menjadikan rambut kelihatan lebih berkilat, lembut serta mengurangkan kerinting. Hasilnya rambut akan lebih sihat, berkilat dan lebih terurus. Selain itu mempunyai High Speed Brushless DC Motor berkelajuan 110,000 RPM yang boleh mengeringkan rambut dalam masa hanya 3 minit. Bagi mereka yang bimbang akan kerosakan rambut, Beauty Ionic Styler mempuyai fungsi Smart Clean Function yang mengawal suhu melalui sistem kawalan cip berprestasi tinggi untuk penjagaan rambut yang lembut.
Selain itu mempunyai 3 tahap kelajuan aliran udara dan 4 tahap suhu yang berbeza untuk proses mengeringkan rambut yang sempurna. Terdapat juga Intelligent Hair Care AI Mode yang boleh bertukar diantara udara panas dan sejuk secara automatik untuk melindungai rambut serta kulit kepala daripada kerosakan haba dengan mudah.
Acerpure Beauty Ionic Hair Dryer juga dilengkapi Acerpure (22 million pcs/cm3) Anion Technology untuk mengeringkan rambut dengan lebih baik. Selain itu mempunyai ProDry Nozzle dengan lubang udara yang boleh mengagihkan haba dan udara secara sekata bagi mencegah kerosakan rambut. Pengering rambut ini turut direka sebaiknya dengan tubuh yang ringan, ergonomik dan anti bunyi seterusnya membolehkan pengguna menggunakan ia secara kerap.
Acer melangkapnya lagi dengan motor berkuasa 1200 / 1800W yang mampu mengeringkan rambut dengan cepat dalam masa 5 minit. (bergantung pada jenis rambut). Terdapat juga fungsi keselamatan Automatic Thermal Shutdown yang boleh menghalang pengering rambut ini menjadi terlalu panas. Sesuai juga untuk semua keperluan dengan kebolahan bertukar diantara tetapan berbeza dengan mudah melalui butang khusus disediakan.
Harga jualan rasmi adalah bermula RM159 untuk Acerpure Beauty Ionic Dryer dan RM999 untuk Acerpure Beauty Ionic Dryer & Styler. Orang ramai turut boleh menikmati potongan harga sebanyak RM250 untuk mana-mana produk baharu ini melalui jerayawaranya di Pavilion Bukit Jalil (Tingkat 2 Zon Oren) yang berlangsung pada 26 – 29 September 2024.
Selain itu pengunjung yang membeli produk terpilih turut layak untuk menikmati tawaran pembelian atas pembelian (PIP) yang membolehkan mereka membeli Ionic Dryer pada RM59 (harga asal RM159). Pengunjung yang berbelanja lebih daripada RM500 dalam satu resit juga berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah termasuk hadiah utama penapis air Acerpure Aqua bernilai RM3,599.