Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini berkongsi menyatakan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam segera menyelesaikan masalah capaian internet di beberapa kampus IPTA seluruh negara. Hal ini dikatakan selari dengan arahan Perdana Menteri dalam segera selesaikan masalah tersebut, selari pembukaan semester sesi akademik baharu tidak lama lagi.
Perkara ini turut dijangka akan melibatkan penyedia perkhidmatan di kampus terlibat, dalam menyelesaikan masalah jaringan internet.
Seperti ramai sedia maklum, ramai pelajar menggunakan internet bukan sahaja dalam mengakses bahan bantu mengajar, tetapi kadang-kala apabila melibatkan kelas secara maya, selain perbincangan menggunakan panggilan video, dan lain-lain. Dengan menyelesaikan masalah ini, ia akan memudahkan para pelajar dalam urusan pembelajaran harian mereka, tanpa perlu bergerak jauh atau keluar kampus, atau menggunakan internet mereka sendiri.