Carian
ChatGPT Memperkenalkan Ciri Perbualan Suara Untuk Semua Pelanggan ChatGPT Plus
September 26, 2024 Aman

OpenAI sebelum ini telah memperkenalkan ciri perbualan suara secara terhad kepada beberapa pengguna, membolehkan pengguna berinteraksi dengan kecerdasan buatan ChatGPT dalam bentuk input berasaskan suara. Setelah mengujinya secara terhad, kini ciri berkenaan diaktifkan untuk semua pelanggan ChatGPT Plus.

Dengan langkah ini, para pelanggan ChatGPT Plus boleh berbual dan berinteraksi menggunakan suara bersama ChatGPT, dan ChatGPT akan memberikan respon seumpama sedang berbual dengan anda. Kami sendiri telah mencuba ciri ini dalam bahasa Malaysia, dimana ia berinteraksi dengan baik mengikut tona dan emosi yang sepatutnya. Namun, terdapat beberapa kali yang mana ia menghadapi masalah teknikal dan memberikan balasan dalam bahasa Inggeris.

Bagi anda yang menggunakan ChatGPT Plus, boleh mencuba ciri ini melalui aplikasi ChatGPT hari ini, dan berkongsi pengalaman anda.

Komen