Siri Huawei Watch GT 5 Tersedia Di Malaysia Bermula RM1,099
Amy Maizuraa
Huawei Watch GT boleh diklasifi juga sebagai jam tangan pintar yang baik meskipun tidak menjalankan WearOS. Huawei dilihat hadir dengan versi baharu untuk kali ini melalui siri Watch GT 5 dan sedia dibeli di Malaysia. Ia juga boleh didapati dalam varian standard dan juga pro.


Huawei Watch GT 5 disediakan dalam saiz 41mm dan 46mm dengan gabungan badan tahan karat. Sementara itu Huawei Watch GT 5 Pro pula ditawarkan dalam saiz 42mm dan 46mm dengan masing-masing menampilkan badan besasaskan seramik nanokristal dan aloi titanium bergred aeroangkasa.

Kedua-duanya juga menawarkan pelbagai ciri sukan dengan lebih 100 mod terbina termasuklah analisis larian dan fungsi professional untuk kegunaan berbasikal. Pemantauan kesihatan dan kecergasan juga penting di sini dengan kebolehan memantau kadar degupan jantung, SpO2, ECG dan lain-lain. Malalui sensor Huawei TruSense System baharu juga kapasiti pemrprosesan data dapat ditingkatkan sebanyak 15% lebih baik.


Kelebihan pada varian pro yang membawa sokongan larian denai atau ultra trail runing di samping Golf Course Mode terbina untuk kegunaan sukan golf. Ia dapat digunakan untuk menganalisa pelbagai jenis perkara termasuk pukulan bola ke setiap lubang dalam padan golf, jumlah pukulan, peta dan sebagainya.
Pengguna turut boleh menggunakan beberapa ciri pintar seperti keupayaan menjawab panggilan, NFC yang boleh menggantikan kad fizikal, membalas teks secara terus dengan sokongan papan kekunci penuh untuk aplikasi pemesejan dan antaramuka yang diperbaiki. Bateri diberikan pula boleh bertahan mencapai 7 hari untuk Watch GT5 manakala 14 hari pula pada versi pro.


Harga jualan rasmi adalah RM1099 untuk Watch GT5 dan RM1399 (42mm) dan RM1,999 (46mm) untuk Watch GT5 Pro. Pratempah dibuka sekarang hingga 4 oktober 2024 dengan hadiah percuma RM528 berupa FreeBuds 5i dan jaminan tambahan APC diberikan. Dapatkannya pula melalui kedai rasmi Huawei Malaysia, Lazada, Shopee dan juga Tiktok.