Carian
Xiaomi 14T Pro Boleh Dicas Penuh Dalam Hanya 19 Minit
September 26, 2024 Aman

Xiaomi hari ini memperkenalkan telefon mercu terbaru mereka dibawah siri-T, iaitu Xiaomi 14T Pro, yang turut hadir bersama-sama kamera berjenama Leica. Turut menjadi fokus pada peranti ini adalah sokongan pengecasan.

Xiaomi melalui 14T Pro menawarkan bateri berkapasiti 5000mAh, yang boleh dicas pada kelajuan 120W. Penawaran bateri ini menawarkan masa penggunaan sehingga 15.7 jam melaluinya – sekaligus menjadikan ia antara peranti Xiaomi dengan masa penggunaan yang lama.

Tidak setakat itu, Xiaomi 14T Pro boleh dicas penuh 100% dalam masa 19 minit. Xiaomi turut menyertakan sokongan pengurusan bateri yang membolehkan ia dicas lebih 1600 kali, selain kadar ketahanan yang dilanjutkan lebih 60% berbanding kebiasaan.

Xiaomi 14T Pro membawakan sokongan pengecasan nirwayar 50W, kali pertama pada siri Xiaomi T.

Komen