Carian
Xiaomi MIX Flip Diperkenal Untuk Pasaran Global – Akan Datang Ke Malaysia
September 26, 2024 Aman

Bersama-sama pengenalan Xiaomi 14T, pihak Xiaomi turut membuat kejutan dengan mengumumkan telefon boleh-katup mereka untuk pasaran global, iaitu Xiaomi MIX Flip. Dengan pengumuman ini, peranti ini juga dilihat akan hadir ke pasaran Malaysia – dan mungkin diumumkan secara rasminya seawal petang esok di Malaysia.

Xiaomi Mix Flip hadir dengan rekaan telefon boleh-katup, dimana apabila ditutup ia menawarkan skrin luar bersaiz 4.01-inci, selain skrin 6.5-inci apabila ia dibuka. Menguasakan telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 8 Gen 3, selain hadir dengan memori sehingga 12GB RAM.

Melengkapkan peranti ini adalah bateri 4780mAh dengan pengecasan 67W, dwi-kamera 50MP, dan juga dikuasakan sistem operasi Xiaomi HyperOS.

Dengan perkongsian ini, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi telefon boleh-katup ini untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Komen