Carian
Apple Dilaporkan Tarik Diri Daripada Melabur Pada OpenAI
September 28, 2024 Aman

Mengikut laporan WSJ, kini ia diperkatakan Apple tidak lagi merancang untuk melabur pada firma kecerdasan buatan OpenAI, dan menarik diri daripadanya. Sebab disebaliknya tidak dinyatakan.

Sebelum ini, beberapa nama besar telah diperkatakan berminat untuk melabur pada OpenAI, dengan nilai syarikat mencapai $150 bilion. Antara yang diperkatakan ingin melabur pada OpenAI selain Apple adalah Microsoft yang sedia mempunyai pegangan pada syarikat berkenaan, dan juga NVIDIA.

Apple sebelum ini sedia mengumumkan integrasi ChatGPT pada sistem operasi iOS dan juga macOS dalam memudahkan orang ramai menyemak dan melakukan pelbagai tugasan dengan sokongan kecerdasan buatan janaan.

Ia tidak diketahui lagi sama ada langkah Apple ini akan turut memberikan pihak lain pertimbangkan pelaburan mereka pada OpenAI atau sebaliknya.

Komen