Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara kini berkongsi mengatakan sebanyak 150 daripada 740 sistem teknologi maklumat di sebuah agensi kerajaan, tidak diketahui pemiliknya. Hal ini sekaligus membawa kepada pelbagai masalah, termasuk keterbukaan kepada serangan siber apabila tidak diuruskan.
Ia dikatakan salah satu punca kepada masalah ini adalah disebabkan oleh wujudnya komplot antara pegawai kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan teknologi maklumat berkenaan, sekaligus membuatkan perolehan dilakukan tanpa penelitian. Ini sekaligus membawa kepada wujud sistem berasingan untuk sesuatu perkara, dan sistem tidak diuruskan dengan baik sehingga berlaku serangan siber.
Perkara ini juga membawa kepada potensi rasuah kerana ia mudah dimanipulasi. Nama agensi kerajaan berkenaan tidak didedahkan buat masa ini.