Carian
UTM Menerima Kohort Pertama Pelajar Fakulti Kecerdasan Buatan
September 30, 2024 Aman

Universiti Teknologi Malaysia kini menjadi universiti pertama di Malaysia yang mempunyai fakulti khusus memfokuskan kecerdasan buatan, dan telah pun menerima kohort pertama pelajar untuk sesi akademik 2024/2025.

Menurut UTM, Fakulti Kecerdasan Buatan akan menerima seramai 101 pelajar untuk kohort pertama ini, dimana 68 orang adalah pelajar lelaki, dan 33 pelajar perempuan. Semua pelajar ini akan mengikuti program Sarjana Muda Kecerdasan Buatan selama tiga tahun di UTM Kuala Lumpur.

Sebelum ini, perancangan pembukaan Fakulti Kecerdasan Buatan ini telah diumumkan ketika Belanjawan 2024 yang lepas, selari dengan permintaan tinggi dalam arena berkenaan di serantau dunia. Selain UTM, beberapa universiti lain turut telah menawarkan kursus kecerdasan buatan kepada para pelajar mereka.

Komen