PayHalal merupakan salah satu penyedia perkhidmatan penyelesaian kewangan tempatan, yang membolehkan para peruncit menggunakan platform mereka dalam pelbagai integrasi melibatkan kewangan dan pembayaran. Terbaru, HeiTech Padu mengumumkan akan mengambil-alih 30% pegangan pada syarikat sebaliknya, Souqa Fintech, melibatkan transaksi berjumlah RM16.17 juta.
Langkah HeiTech Padu ini dilihat selari dengan sasaran mereka untuk terus memfokuskan arena digital, selain melengkapkan perniagaan sedia ada mereka. Penawaran PayHalal kelak dijangka boleh diintegrasikan pada pelbagai penawaran dan penyelesaian oleh HeiTech padu kepada para pelanggan mereka.
Untuk Souqa Fintech sendiri, ia dijangka akan membolehkan syarikat dan penawaran produk mereka terus berkembang lagi dalam arena penawaran khidmat penyelesaian kewangan tempatan.