SoftBank, salah satu syarikat yang sangat aktif melabur pada pelbagai syarikat teknologi, kini dilaporkan akan melabur sebanyak $500 juta pada firma kecerdasan buatan popular, OpenAI. Ini sekaligus menjadikan pelaburan pertama oleh SoftBank pada syarikat OpenAI.
SoftBank dikatakan menyertai pusingan pelaburan terkini yang memperlihatkan nilai OpenAI mencapai $150 bilion. Sebelum ini, beberapa nama besar seperti NVIDIA dan Microsoft dikatakan turut melabur pada pusingan pelaburan kali ini, sementara Apple pula telah menarik diri.
SoftBank melalui dana pelaburan Vision Fund sedia melabur pada pelbagai syarikat terkemuka, termasuk ARM, ByteDance, Grab, WeWork, dan sebagainya.